Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
Aku melihat air menjadi rusak kerana diam bertahan,
jika mengalir menjadi jernih,
jika tidak, akan keruh menggenang.
Singa jika tidak tinggalkan sarang,
tidak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tidak tinggalkan busur,
tidak akan kena sasaran.
Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.
Bijih emas bagaikan tanah biasa,
sebelum digali dari tambang.
Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa
jika tetap di dalam hutan.
*Imam Syafi'i